SPRM mula siasatan terhadap aset Ku Nan

Iklan
Tengku Adnan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap pendedahan aset harta bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengesahkan kepada Mahkamah Tinggi semalam berhubung jumlah hartanya pada 2001 lalu mencecah lebih RM900 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pendedahan mengenai aset Tengku Adnan, 69, semasa perbicaraan rasuahnya semalam adalah perkara yang begitu serius.

Iklan
Iklan

"Saya sudah mengarahkan siasatan dimulakan.

"Isu kita bukan soal pendedahan tetapi bagaimana dia mendapat aset itu," katanya ketika ditemui hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada media selepas memberi keterangan dalam kes penyalahgunaan dana SRC melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah tolak permohonan Ku Nan isytihar harta secara tertutup

Iklan
Aset Ku Nan lebih RM900 juta pada tahun 2001

Ku Nan emosi selepas asetnya didedah kepada umum

Ketika prosiding bela diri bagi kes rasuah semalam di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Tengku Adnan berkata, nilai hartanya pada tahun berkenaan adalah sebanyak RM938,643,566.16, manakala pada 2006 (RM711,325,822), 2013 (RM691,770,649) dan 2016 (RM782,748,061).

Tengku Adnan yang dikenali sebagai Ku Nan berkata, nilai yang dinyatakan ketika pengisytiharan aset tertulis yang dihantar kepada tiga perdana menteri berbeza.

Menjawab soalan peguamnya, Datuk Tan Hock Chuan, beliau berkata, nilai aset ini dimasukkan dalam pengisytiharan harta ketika itu hanya untuk pengetahuan Perdana Menteri.

Sementara itu, Latheefa ketika ditanya mengenai spekulasi berhubung peletakan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM enggan mengulas berhubung spekulasi itu.