Penjelasan Abu Zahar tidak selesai masalah: Ibrahim Ali

Iklan
Ibrahim

SHAH ALAM - Penjelasan sehala yang diberikan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak menyelesaikan masalah dan menjawab persoalan orang ramai.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali berkata, banyak pihak mahu penjelasan lebih mendalam berkenaan punca kewangan Azam Baki membeli saham tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut Ibrahim, penjelasan Abu Zahar memang mengejutkan dan hanya mengundang ketawa dan jenaka ramai kerana beliau menyatakan bahawa tiada isu terhadap Azam Baki.

"Alasan Abu Zahar Azam Baki sudah memberi penjelasan bahawa adik beliau meminjam akaunnya bagi tujuan membeli berjuta saham.

Iklan

"Saham-sahamnya ini juga sudah dipindahkan kepada adiknya. Alangkah hebatnya apabila seorang abang begitu baik dan terpuji demi membantu kehendak adiknya sendiri sehingga sanggup menjejaskan kredibiliti dan integriti sebagai Ketua Pengarah SPRM. Ini amatlah mengejutkan serta membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Abu Zahar memaklumkan bahawa LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Iklan

Abu Zahar berkata, hasil penjelasan dibuat, pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya milik Nasir Baki iaitu adik kepada Azam dan LPPR mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau 'conflict of interest' dalam perkara tersebut.

Ibrahim yang juga bekas timbalan menteri turut mempersoalkan mengapa sebelum ini pengisytiharan tersebut tidak dimaklumkan dari awal bagi mendapat kebenaran pihak atasan dan mengelakkan konflik kepentingan serta prasangka buruk terhadap penjawat awam.

Tambah beliau, jalan terbaik ialah pihak kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu tersebut dengan segera sementara Azam Baki pula wajar didesak bercuti bagi memudahkan siasatan dijalankan.

Ibrahim turut mendesak Azam berehat kerana beliau perlu disiasat selain wajar menunjukkan teladan yang baik kepada penjawat awam lain khususnya pegawai SPRM.

"Ini sahaja caranya bagi memulihkan kembali kepercayaan orang ramai terhadap agensi pencegahan rasuah tersebut yang teruk dikecam akibat daripada pelbagai masalah yang melanda akhir-akhir ini,” ujarnya.