Mohd Hadzmir dilantik KP LLM baharu

Iklan
Mohd Hadzmir

SHAH ALAM - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan pelantikan Mohd Hadzmir Yusoff sebagai Ketua Pengarah yang baharu, berkuat kuasa pada 11 Februari lepas.

Pelantikan itu susulan persaraan wajib Ketua Pengarah LLM terdahulu, Datuk Sazali Harun.

Iklan
Iklan

LLM dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan dan kelangsungan peranan agensi itu sebagai badan pengawal selia industri lebuh raya bertol negara.

"Ia selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dan aspirasi Malaysia Madani.

Iklan
Iklan

"LLM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sazali atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga persaraan," menurutnya.