Kartel daging: Kakitangan kerajaan mudah dibeli, dakwa Anwar

Iklan
Anwar

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kakitangan kerajaan terlibat dengan kartel import daging yang melakukan pemalsuan logo halal sebagai mudah dibeli.

Tegas beliau, kakitangan terbabit telah mengabaikan tanggungjawab kepada negara dan rakyat sekali gus merosakkan kepercayaan umum terhadap institusi yang terlibat.

Iklan
Iklan

"Baru-baru ini kita digemparkan dengan pendedahan berhubung kartel daging yang didakwa turut didalangi kakitangan agensi kerajaan. Ini ternyata satu kegiatan yang tidak bermoral tatkala kita harus pertingkatkan segala usaha dan upaya kita dalam memerangi rasuah dan kebobrokan.

"Skandal ini ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi itu yang diamanahkan memulia dan meningkatkan darjat Islam.

Iklan

"Meski dikurniakan peruntukan yang bukan kecil hampir setiap tahun, namun skandal ini telah merosakkan kepercayaan umum kepada institusi tersebut,” katanya dalam satu entri di Facebook beliau pada Sabtu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut mendesak agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan rapi dan telus untuk mendakwa mereka yang terlibat di mahkamah.

Iklan

"Saya menggesa kebobrokan seperti ini dihentikan. Saya juga mendesak kerajaan dan kementerian untuk segera menjalankan siasatan rapi, cekap, dan telus serta mengheret dalang ke muka pengadilan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Kartel tukar daging haram jadi halal

Kartel daging haram: MCW serah memorandum

Daging import haram dijual secara online