Islam didik umat hormati penganut agama lain
![]() Beliau yang juga Ketua Muslimah Pas Kawasan Rantau Abang berkata, tidak ada sebab kenapa Islam tidak boleh dijadikan cara hidup bagi semua masyarakat kerana ia adalah agama universal dan memberi keadilan kepada semua orang. Serena berkata, sekiranya Islam dimartabatkan dalam kehidupan umat manusia, penganut agama daripada bangsa lain masih boleh mengamalkan agama mereka kerana Islam tidak menghalang mereka berbuat demikian. Menurutnya, konsep Islam itu bersaudara sebenarnya amalan yang bersifat universal dan tidak terhad kepada penganutnya sahaja. “Umat Islam diajar menghormati hak penganut agama lain dan kita tidak boleh melakukan kerosakan serta sekatan mengamalkan ajaran masing-masing. “Malah, Islam juga mengajar kita supaya menjalinkan persaudaraan dengan mengamalkan budaya murni seperti tolong-menolong dan ziarah menziarahi,” katanya ketika mengadakan program ziarah dan penyampaian sumbangan kepada masyarakat Tionghua dekat sini. Menurutnya, jika Islam diamalkan dengan cara betul dan mengikut panduan termaktub dalam kitab suci al-Quran serta Sunah, penganut agama lain juga akan turut merasai kesejahteraannya. “Perjuangan mendaulatkan Islam menjadi tanggungjawab kita semua sebagai orang Islam, kepada mereka yang belum memahami konsep Islam, wajib kita memberitahunya. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara





