CUCKOO Malaysia, Samsung Malaysia memeterai kerjasama bagi memperkenal solusi Kediaman Sihat Pintar, merangkumi lima kategori produk, di Malaysia. (kedua dari kiri) Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe) bertukar perjanjian kerjasama dengan (kedua dari kanan) Presiden Samsung Malaysia, Charles Kim untuk merasmikan permulaan kerjasama tersebut.
Turut menyaksikan detik penting ini adalah (dari kiri) Ketua Pegawai Operasi CUCKOO Malaysia, Toh Seng Lee dan Ketua Pegawai Kewangan Samsung Malaysia, Kyung-Ho Bae.