Lelaki kurang upaya (OKU) sindrom down Mohd Fareez Dorajak, 34, (gambar) dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sehari sebelum sambutan Aidilfitri sejak 1 Mei lepas sehingga mencetuskan kebimbangan ahli keluarganya.
Bapanya Dorajak Kazamad, 63, berkata semasa kejadian dia dan isteri sedang sibuk mengemas rumah untuk menyambut Aidilfitri menyebabkan mereka tidak menyedari Mohd Fareez yang keluar secara sembunyi ketika itu.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya yang kali terakhir dilihat memakai kemeja-T merah dan berseluar 'track' hitam untuk menghubungi pihaknya di talian 017-2678673 atau untuk menghubungi balai polis berdekatan. Foto Bernama