KUALA LUMPUR - Seramai 26 penyokong lelaki dari pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk  membawa barang larangan seperti mercun dan bunga api ke pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

 
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata polis, yang mengadakan kawalan sejak pukul 2 petang hingga separuh masa perlawanan, merampas 56 suar, satu bom asap, lima bunga api, satu pisau lipat dan sepaket ganja.
 
"Kita menahan kedua-dua kumpulan penyokong yang mula masuk ke dalam stadium sekitar pukul 6 petang hingga 9.30 malam. Mereka berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Kelantan dan Negeri Sembilan di sini.
 
Bagi mengaburi polis, Mohan Singh berkata daripada jumlah itu, 22 lelaki yang ditahan membawa barangan larangan 'flare' dalam kain rentang ke pekarangan stadium.
 
"Kita nampak mereka dalam keadaan mencurigakan apabila seramai 22 orang membawa banner (kain rentang) itu lalu kita melakukan pemeriksaan ke atas barangan itu," katanya.
 
Beliau berkata ganja yang dirampas turut ditemui dalam kain rentang itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 29 atlet negara yang diserap menyertai Program Podium ketika ini telah berada pada kedudukan enam teratas dunia, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
  • KUALA LUMPUR - Juara bertahan Malaysia membuka kempen Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 (Para 2017) dengan langkah sumbang apabila tewas 1-2 kepada Thailand pada perlawanan pusingan awal acara bola sepak lima sebelah di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa sedang menyiasat punca menyebabkan 16 atlet Malaysia yang menyertai pelbagai acara di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mengalami keracunan makanan.
  • KUALA LUMPUR - Skuad sepak takraw wanita negara mencatat kemenangan sulung pada aksi pertama acara regu dengan menewaskan Filipina 2-0 di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.
  • KUALA LUMPUR - Sukan Sea ke-29 merupakan peluang terbaik untuk Malaysia merampas kembali pingat emas sukan karate dalam acara kumite berpasukan lelaki, sekali gus menamatkan penantian selama 26 tahun untuk mengungguli acara itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.