Auta

TERSEBAR viral di laman sosial mengatakan terdapat taktik terbaru penjenayah untuk merompak rumah tertentu.

Menurut viral itu, penjenayah dikatakan akan menanda rumah yang ingin dijadikan sasaran dengan tulisan atau contengan yang mengandungi kod rahsia.

Orang ramai turut dinasihatkan berjaga-jaga sekiranya mendapati tembok atau pagar rumah mereka mempunyai kesan contengan tersebut.

Fakta

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penjenayah menggunakan taktik menandakan rumah mangsa sebelum membuat rompakan seperti mana yang tersebar.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Tiada sebarang laporan yang kami terima,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KADAR bayaran kompaun yang dikenakan kepada pengguna kenderaan yang lewat memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh kini kembali tular menerusi aplikasi WhatsApp.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan tular kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga diculik adalah palsu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.