SABAK BERNAM - Puteri Umno Bahagian Sungai Besar mencalonkan Naib Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan sebagai ketua sayap itu pada pemilihan parti itu, sebentar tadi.

Zahida memperoleh majoriti besar apabila menewaskan pencabarnya, Exco Puteri, Nor Hazreena Mohamad Hashim.

Zahida memperoleh 167 undi, manakala Nor Hazreena pula sekadar mendapat empat undi.

Pada pemilihan itu juga, Puteri Umno Bahagian Sungai Besar memilih Nurul Amal Mohd Fauzi sebagai calon Naib Ketua Puteri Umno.

Nurul Amal memperoleh 146 undi mengatasi pencabarnya, Norjamezah Jamaludin yang mendapat sembilan undi.

Sementara Ruziana Razali memperoleh lima undi dan dua undi lagi masing-masing Siti Badariah Ali Hassan dan June Artisha Mohamad Nazari.