BALING - Kegagalan sistem e-voting berfungsi, menyebabkan 300 daripada 700 pengundi pulang lebih awal apabila sistem baharu digunakan tidak dapat digunakan

Calon Naib Ketua Cabang, Mohd Aziz Sukri Mohamed Amin berkata, mereka mulai pulang sekitar jam 11 pagi

Menurutnya, PKR Cabang Baling berharap masalah sistem berkenaan dapat diatasi bagi pemilihan berikutnya.

“Jika ikutkan jawatankuasa pemilihan pusat (JPP), sistem boleh digunakan jam 9 pagi. Kesian kepada pengundi, mereka datang tanpa dibayar walaupun sekupang (10 sen). Mereka datang seawal 7 pagi dari seluruh daerah Baling secara sukarela.

“Kita harap JPP dapat betulkan sistem. Kita tidak salahkan petugas tetapi salahkan pusat. Petugas hanya datang dari Selangor untuk bantu jayakan program. Tetapi kerana sistem tidak berjalan, pemilihan terpaksa ditunda,” katanya.