KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn,  di sini.  

Ketibaan Najib yang juga presiden Umno ke ibu pejabat parti pada kira-kira 3.30 petang disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bendahari Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Perdana menteri kemudiannya dijadual berbuka puasa di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, bersama-sama anggota Majlis Tertinggi parti, veteran Umno dan pemimpin parti komponen BN. - Bernama


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KANGAR - Rakyat dinasihati supaya memilih pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara dan bukannya pemimpin 'syok sendiri' sehingga sanggup mencalonkan diri sendiri untuk menjadi perdana menteri.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.