KUALA KANGSAR - Ahli Parlimen Kuala Kangsar sedia menjadi calon sekali lagi dan mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU14 nanti.

Datin Mastura Mohd Yazid berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan itu kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, beliau menghormati setiap keputusan Najib demi kebaikan rakyat Kuala Kangsar.

"Saya menghormati keputusan beliau (Najib) untuk memilih siapa yang beliau rasakan terbaik untuk Kuala Kangsar. Kalau saya adalah yang terbaik, mungkin beliau akan memilih saya.

"Jadi kita serahkan kepada beliau. Semestinya masih ada tugasan di sini yang masih belum dapat diselesaikan, yang masih berlegar-legar dalam minda saya.

"Saya sudah jalankan kerja secepat mungkin (selepas PRK Kuala Kangsar) namun masih rasa tidak cukup masa," katanya.
 

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Dakwaan kononnya terdapat lapan Adun PKR akan melompat parti menyertai Umno bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, tidak benar.
  • SHAH ALAM - Penyertaan semula bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke pangkuan Umno dikatakan akan memberikan impak positif terhadap parti keramat Melayu itu.
  • KUALA LUMPUR - Perjuangan sia-sia selama hampir lima tahun dalam pembangkang membuat bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib kembali kepada Umno.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasminya mengumumkan bahawa beliau menyertai Umno.
  • JELI - Lebih 30,000 anggota veteran Umno Kelantan bersedia untuk membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.