KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.
   
Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan  serta seorang pegawai Bank Dunia.
   
Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.
   
"Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.
 
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
    
"Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.
   
Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman.
   
Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pasukan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) hari ini melancarkan Tabung Kebajikan Veteran Kor Polis Tentera untuk membantu meringankan beban pesaranya.
  • KUALA LUMPUR - Masalah komunikasi dan ruang yang sempit tidak menghalang empat doktor perubatan daripada meluangkan hari cuti mereka untuk membantu kanak-kanak pelarian Rohingya menerusi program klinik mobil anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Bantu Malaysia.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menempatkan lebih banyak klinik kesihatan di bangunan komersial seperti di lot kedai dan pusat beli-belah bagi menyediakan kemudahan kesihatan lebih baik kepada orang ramai dalam jarak yang dekat.
  • KUALA LUMPUR - Tindakan pantas Kerajaan Persekutuan dibantu agensi berkaitan dalam misi bantuan kemanusiaan dan perubatan sewaktu banjir di Pulau Pinang ketika ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela kebajikan rakyat.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengharapkan pembedahan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini, berjalan lancar.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.