KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkaitan cadangan agar Pengerusi Bersama, Datuk S. Ambiga digantung sampai mati adalah pandangan bersifat peribadi dan bukan pendirian Barisan Nasional (BN).

Tengku Adnan berkata, BN mendukung Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keluhuran undang-undang.

Mohamad dilapor mencadangkan agar Ambiga digantung kerana didakwanya seorang pengkhianat.

Semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan semalam, Mohamad  mendakwa Ambiga sebagai "pengkhianat" kerana menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

"Apa yang disebutkan oleh Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz dalam persidangan Parlimen semalam, yang mencadangkan agar penganjur perhimpunan Bersih, Datuk Ambiga digantung sampai mati dengan mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian Barisan Nasional.

"Saya ingin menegaskan bahawa Barisan Nasional mendukung Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keluhuran undang-undang dan kes berkaitan perhimpunan Bersih masih dalam siasatan pihak berkuasa," kata Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu.
  • KUALA LUMPUR - Mercy Malaysia mahu mengumpul RM5 juta bagi membantu pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh dan RM1 juta bagi membantu penduduk Islam di Utara Rakhine, Myanmar.
  • KUALA LUMPUR - Individu mengalami tekanan kerja yang teruk serta tanda-tanda awal kemurungan perlu tampil memberitahu tentang permasalahan mereka kepada anggota keluarga atau rakan-rakan dipercayai, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
  • KUALA LUMPUR - Stesen projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura dibayangkan bakal menjadi hab dan pintu masuk ke bandar-bandar moden dan paling maju Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KUALA LUMPUR - Proses pengambilalihan tanah bagi pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR) akan bermula pada 1 November, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.