SHAH ALAM – Himpunan Hijau 2.0, yang membantah projek nadir bumi Lynas di Gebeng, kecewa dengan pendirian terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang semalam mengumumkan sisa-sisa operasi akan dibuang “di tempat jauh” atas alasan tidak melunaskan janji diberikan.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack mendakwa Najib bukan saja tidak mengotakan janji beliau, malahan turut memberi arahan melupuskan bahan sisa toksik dari Loji Lynas Bahan Termaju (LAMP) di lokasi jauh dari masyarakat setempat.

Beliau berkata, tindakan Najib itu tidak masuk akal kerana kesan pembuangan itu akan merosakkan ekosistem bumi dan alam sekitar.

“Ini terbukti menunjukkan bahawa Najib adalah sama ada yang masih tidak menghormati kebimbangan rakyat atau dia telah sengaja diabaikan hasrat rakyat yang sudah disuarakan pada himpunan tempoh hari.

“Adakah beliau ada agenda dan muslihat lain? Apa pun, kita berharap Najib kita tidak membuat kesilapan dengan sengaja mengabaikan suara rakyat sebab selalunya pemimpin yang memekakkan telinga pekak kepada suara rakyat, tidak akan kekal,” katanya dalam kenyataan media.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas itu  akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.

Beliau berkata, Najib sebagai pemimpin negara perlu sedar bahawa beribu-ribu ekar tanah yang digunakan untuk pelupusan kekal sisa toksik radioaktif berkenaan akan memberi kesan kepada anak-anak selama berbilion-bilion tahun.

“Idea Najib memang tidak boleh diterima akal, memang tidak masuk akal langsung. Ia sangat membahayakan. Setiap inci tanah kita adalah satu kekayaan semula jadi kepada negara. Hutan kita adalah ekologi kepada pengeluaran makanan.

“Justeru, bagaimana Perdana Menteri kita masih mempertaruhkan nasib rakyat semata-mata mencari situasi menang-menang,” katanya.

Sehubungan itu, Wong Tack menegaskan pihaknya sudah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan Himpunan Hijau 3.0.

“Akhirnya, kami menerima respons pertama daripada Perdana Menteri kita, tetapi malangnya, jawapan itu tidak seperti yang kami telah harapkan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menangani masalah produk susu rumusan bayi tiruan yang didapati dijual di beberapa lokasi di negara ini.
  • SHAH ALAM - Lidah pengarang Jews News cuba bermain api apabila berita mengenai kesedian tentera Malaysia untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis dijadikan bahan lawak oleh portal berkenaan.
  • SHAH ALAM - Penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup pada 2014, dilihat masih kurang memberikan apa-apa impak positif kepada rakyat.
  • SHAH ALAM - Saranan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali agar kembali mempelajari rukun negara seakan-akan memakan dirinya sendiri.
  • SHAH ALAM - Pas berpendapat topik kos sara hidup merupakan isu 'panas', khususnya apabila ia sangat membebankan kehidupan rakyat sehinggakan pendapatan tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan hidup seharian.