Auta

SATU mesej dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) tersebar di WhatsApp berkenaan peringatan kepada orang ramai agar membuka cermin kenderaan seluas 30 peratus sekiranya kenderaan mereka berjemur di bawah panas melebihi dua jam.

Mesej penuh yang diterima orang ramai berbunyi; ATTENTION NOTICE  (By TNB)   Malaysia sedang dilanda El Nino sekarang ini. Bacaan suhu persekitaran melebihi 39.7°c.  Bagi pengguna semua jenis kenderaan  bertingkap, sekiranya kenderaan anda berjemur di bawah panas melebihi 2 jam, pastikan cermin kereta anda dibuka 30%. Jika cermin ditutup habis (sepenuhnya), tekanan suhu yang terlampau tinggi dalam kereta akan mengakibatkan keretakkan pada cermin, tangki minyak meletup dan enjin kereta terbakar.  Ambil peduli. Sebarkan kepada semua pengguna kenderaan di Malaysia.  Ir.Yusouf Bahaman TNB Dist.  Jln Bangsar KL

Fakta

MESEJ mengingatkan orang ramai supaya membuka cermin tingkap 30 peratus berikutan El Nino disahkan viral palsu oleh TNB melalui kenyataan rasmi kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Automotif dan Samudera dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Pakharuddin Mohd Samin berkata, jika benar dakwaan itu maka sudah tentu banyak kereta di negara Asia Barat yang cuacanya lebih panas berbanding Malaysia meletup.

“Sewaktu saya belajar di Texas, Amerika Syarikat, ketika musim panas suhunya boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius tetapi tiada kejadian kereta meletup atau terbakar sepanjang berada di sana.

“Sebenarnya perkara itu tidak berlaku dan apa yang disebarkan di laman sosial itu mengarut dan tidak perlu dipercayai," katanya ketika diminta mengulas viral berkenaan yang tersebar sejak kelmarin melalui aplikasi WhatsApp.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • Tular di media sosial satu dokumen berbentuk surat rasmi dari BPFK yang mendakwa bahawa produk Natural Progestrerones Cream dikelaskan pihak BPFK dan juga Kementerian Kesihatan.
  • SHAH ALAM - Satu gambar pasangan sedang melakukan hubungan seks disebarkan oleh orang ramai, yang didakwa berlaku di tepi laluan motosikal lebuh raya Changkat Kledang, Jawi, Pulau Pinang.
  • KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan melalui laman Facebook rasminya bahawa sehingga kini, minuman jenama Fanta adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.
  • TERBARU, tersebar di laman sosial yang memaparkan tentang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diawalkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.