SEREMBAN - Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengingatkan semua pihak agar  tidak mempolitikkan peristiwa Memali yang berlaku 32 tahun lalu, demi kepentingan peribadi.  

Beliau berkata, tragedi berdarah itu juga tidak seharusnya menjadi bahan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu lebih besar yang sedang melanda negara pada ketika ini seperti 1MDB, Altantuya dan MH370.

“Saya tidak pernah meremehkan isu Memali, apatah lagi memperkecilkan setiap orang yang terkorban sama ada polis atau penduduk kampung. Mereka mesti diberikan keadilan oleh negara.   

“RCI (suruhanjaya siasatan diraja) ini memang dituntut sejak dulu lagi. Tapi persoalannya, kenapa baru sekarang dibangkitkan balik dan ditujukan kepada (Pengerusi Bersatu) Tun Dr Mahathir (Mohamad)?

“Jadi, saya tidak mahu perkara ini dipolitikkan. Cara terbaik untuk membahas atau membincangkannya adalah menerusi RCI. Bukan dalam forum tepi jalan, Facebook atau alam maya,” katanya.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, pihaknya tetap menerima penubuhan RCI dan bersedia memberi penjelasan diperlukan suruhanjaya berkenaan.

“Saya juga berharap RCI ini akan jadi precedent, esok. Kita akan bawa, kalau kita mentadbir (negara).

“Kalau Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan SPRM   tak buat kerja, maka RCI balik untuk kamu,” katanya  selepas menyempurnakan perasmian Konvensyen Amanah Negeri Sembilan Kali ke-2 di Dewan Aspirasi, Lavender Heights, Senawang, semalam.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Krisis yang melanda 1 Malaysia Develompent Berhad (1MDB) tidak memberi kesan teruk terhadap ekonomi Malaysia.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa tempoh jangka masa bagi melengkapkan proses pengauditan ke atas penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun 2015 dan 2016 masih belum dapat dipastikan berikutan siasatan polis sedang berjalan sehingga kini.
  • KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan tindakan-tindakan siasatan yang diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara dan telah merujuk kembali kertas siasatan berkenaan ke jabatan tersebut berhubung siasatan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
  • KUALA LUMPUR - Gerakan menggesa bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga untuk mendedahkan sumber maklumat berkenaan dakwaan transaksi kewangan antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), PAS dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • SHAH ALAM - Siasatan semula kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atas arahan Peguam Negara menimbulkan persoalan.