[DIKEMAS KINI] SERI KEMBANGAN - Syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mahu mendapatkan kebenaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk mengadakan catuan bekalan air dengan segera di  Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang ekoran penurunan paras simpanan air.

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dipetik berkata, ketiga-tiga kawasan itu berhadapan dengan krisis air memandangkan paras simpanan air telah menurun kepada dua peratus berbanding 20 peratus yang diperlukan.

Katanya, Syabas akan menghantar kertas cadangan berhubung pelaksanaan program penyatuan air kepada SPAN sebagai usaha menangani krisis air yang semakin membimbangkan di Lembah Klang.

Ruslan berkata, perkara itu akan dipanjangkan secara rasmi kepada SPAN selepas ia diutarakan secara lisan dalam Forum Air, yang dianjurkan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air baru-baru ini.

Menurutnya, perkara itu dimajukan untuk mendapat pertimbangkan SPAN sebagai agensi yang mengawal selia sama ada boleh membenarkan program catuan dilaksanakan.

Katanya, pihaknya memahami SPAN tidak boleh membuat keputusan tanpa kajian menyeluruh, namun berharap maklum balas segera diterima berhubung perkara yang dicadangkan.

Jelasnya, melalui program catuan, Syabas akan menjadualkan pengagihan air kepada pengguna mengikut sesuatu tempoh.

“Kita  berharap SPAN dapat mempertimbangkan cadangan dan sekiranya diluluskan kaedah yang praktikal dan adil kepada semua pengguna diguna pakai. Kawasan yang akan terlibat dalam program catuan air tidak dapat dinyatakan secara spesifik tetapi akan membabitkan keluasan kawasan lebih besar daripada mereka yang hadapi masalah air ketika ini,” katanya.

Tambah beliau, tindakan itu diambil memandangkan pihaknya perlu mengagih air di kawasan mempunyai bekalan ke kawasan yang tiada bekalan.

Ruslan berkata, selain cadangan itu, Syabas juga sudah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) di tiga wilayah termasuk Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang yang menghadapi masalah air berterusan.

Katanya, Syabas juga memajukan banyak cadangan kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk menambah keupayaan sistem pengagihan.

Jelasnya, Kerajaan Persekutuan meluluskan beberapa projek dengan nilai RM650 juta di bawah program mitigasi 1 dan 2 tetapi ia dimaklumkan hanya dapat mengurangkan masalah tetapi tidak dapat menangani isu air secara keseluruhan.

“Piawaian antarabangsa meletakkan minimum sesuatu simpanan syarikat penaggihan air yang perlu ada adalah sebanyak 10 peratus. Kita menghadapi krisis air yang tidak dapat dinafikan dan untuk pengetahuan umum, minggu lepas kita hanya ada dua peratus sahaja simpanan air,” katanya sambil menambah, ia tidak mencukupi memenuhi keperluan pada waktu puncak seperti kemarau, musim panas dan masalah lain akibat termasuk gangguan sistem bekalan loji ditutup.

Roslan yang mengadakan pertemuan dengan beberapa penduduk yang mengadu menghadapi masalah air di Taman Sungai Besi Indah di sini semalam berkata, pihaknya juga ada meminta SPAN untuk memaklumkan pelan tindakan untuk tangani isu air.

“Kita perlukan ‘direction’...bukan sebab isu Syabas tidak efisien, tetapi air memang tidak mencukupi, projek mitigasi yang diluluskan hanya dapat menampung keperluan di kawasan tertentu sahaja. DIjangkakan pada masa depan mungkin berdepan situasi kekurangan air sebanyak 600 juta liter setiap hari,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Bilionair dan pengasas konglomerat YTL Corporation, Tan Sri Yeoh Tiong Lay meninggal dunia hari ini pada usia 88 tahun.
  • SHAH ALAM - Rakyat negara ini prihatin dan bimbang dengan kebanjiran warga asing dan pelarian di negara ini, terutamanya dari segi keselamatan.
  • SHAH ALAM - Walaupun masyarakat mementingkan isu-isu seperti kos sara hidup, pendidikan dan kesihatan namun perkara penting melibatkan belia dan sukan tidak juga dilupakan.
  • SHAH ALAM - Keamanan yang dikecapi Malaysia merupakan faktor negara ini sering disasar kumpulan pengganas dalam usaha mereka menyebarkan kegiatan keganasan di rantau Asia Tenggara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
  • SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbangkan dengan serius kedudukan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.