SHAH ALAM - Sinar Harian hari ini menafikan penyiaran artikel yang bertajuk “Ahli Parlimen Gelang Patah meninggal dunia” yang didakwa dimuat naik melalui laman portalnya, 10 jam lalu.

Perkara itu disedari pentadbir laman portal berbahasa Melayu itu apabila seorang pembacanya mengirimkan keratan gambar berita palsu tersebut ke dalam inbox akaun Facebook Sinar Harian Online pada jam 9.16 pagi tadi.

Malah perkara itu dikenal pasti sebagai berita palsu apabila berita tersebut menggunakan nama “Wartawan Sinar Hairan” dan bukan “Wartawan Sinar Harian” seperti kebiasaannya.

Pengendali portal Sinar Harian bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan mengesahkan ia berita palsu dengan membalas mesej tersebut di akaun Facebook portal itu pada jam 12.03 tengah hari tadi.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.