SHAH ALAM - Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh media rasmi suruhanjaya itu.

Malah katanya, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.

"Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi daripada saya sendiri. Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya kepada Sinar Online.

Bahri berkata demikian bagi mengulas kenyataan media SPRM yang mendakwa pihaknya telah menghubungi beliau, dan menyatakan Bahri menafikan bahawa beliau bersara kerana kecewa terhadap kes siasatan SRC International (SRC).

 "Berhubung kenyataan di sebuah portal media, bahawa Datuk Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut," petik kenyataan SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN:SPRM respons pengunduran Bahri]

Terdahulu, pada 3 Januari lalu, Sinar Online melaporkan Bahri mengesahkan bahawa beliau telah bersara awal daripada jawatan di BOK berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Bahri berkata, persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN:Pengarah SPRM bersara kerana tidak mahu bersekongkol]

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KENINGAU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan pelindung dan benteng terakhir masyarakat dalam memastikan negara ini benar-benar bebas daripada cengkaman rasuah dan salah guna kuasa.
  • GEORGETOWN - Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menemplak tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dirinya berhubung dakwaan membantu “seorang doktor gigi palsu”.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap jumlah anggotanya dapat ditambah kepada 5,000 orang seperti yang dijanjikan sejak pelancarannya pada 2008.
  • SHAH ALAM - Pas menyokong penuh usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha memperkasakan lagi organisasi tersebut.
  • PUTRAJAYA - Kerajaan komited memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perjuangan menentang rasuah supaya kedudukan negara termasuk dari segi ketelusan dan daya saing semakin baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.