KUALA LUMPUR - Polis membawa keluar satu trak kotak dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, di sini.

Kira-kira jam 4. 45 petang sebuah trak polis dengan muatan kotak plastik bertutup di bawa keluar dari kediaman rasmi Najib diiringi polis trafik dan sebuah kereta polis.

Namun, tidak dapat dipastikan kandungan kotak tersebut.