KUALA KANGSAR - Raja Dr Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang baharu menggantikan Almarhum Ayahandanya, Sultan Azlan Shah.

Pemasyhurhan itu diumumkan sebentar tadi oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada Istiadat pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini.

Nazrin ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-35 bagi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat jam 1.30 petang semalam.

Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - "Jika anda ingin mengingati Almarhum (Sultan Azlan Shah), lihat saja di sekeliling mahkamah, anda akan terasa kehadiran Almarhum kerana nama Raja Azlan Shah seakan-akan sudah menjadi lambang bagi undang-undang itu sendiri," kata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
  • PUTRAJAYA - Prosiding memperingati Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah diadakan di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.