KUALA LUMPUR -  Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelajar yang mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan sepatutnya memulangkan pinjaman mereka atau tidak mengambil pinjaman itu, bukan mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mereka yang mencadangkan agar kerajaan menghapuskan PTPTN pula perlu mencari jalan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar berkenaan.

Kata beliau, penghapusan PTPTN akan memberi kesan, bukan saja terhadap kos pendidikan, tetapi juga dalam pengagihan kemudahan yang turut memberi manfaat kepada golongan berada.

"Kalau anda hapuskannya, anda perlu menggantikannya dengan yang lain, yang mungkin melibatkan kos lebih besar, contohnya memberi pendidikan percuma kepada setiap orang. Dalam hal ini, golongan kaya juga akan menikmatinya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mempengerusikan sesi perbincangan strategi peringkat tinggi kumpulan terpilih bertajuk 'Pemacu Landskap Baru Ekonomi Di Persada Negara dan Global - Dilema Sektor Swasta Malaysia', anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.  - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kemeriahan Hari Raya dengan pelbagai hidangan makanan bagaikan satu kemestian bagi majoriti umat Islam di negara ini.
  • KUALA LUMPUR - Orang ramai disaran agar mula membuat peralihan daripada menggunakan kenderaan persendirian kepada kenderaan awam bagi mengurang jumlah kenderaan di atas jalan sekali gus jumlah kemalangan di musim perayaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.