USUL pindaan Akta 355 yang sedang hangat diperkatakan kini memerlukan pemahaman dan kesefahaman yang jitu daripada pihak yang terkait secara langsung.

Namun begitu, adakah ia juga difahami oleh bangsa lain dalam memastikan akta ini dapat dilaksanakan dengan jayanya?

Bagi membincangkan mengenai isu ini, Wacana Sinar Harian Siri ke-41 akan diadakan di Auditorium, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam dengan tajuk ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi.

Wacana ilmu yang bermula jam 2.45 petang ini akan membawakan beberapa orang panel terkemuka, antaranya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom (B), Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, CEC DAP pusat / Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan Ketua Pasukan Perlaksanaan Dasar Undang-Undang Syariah dan juga MCA pusat, Gan Ping Sieu.

Program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Dr Yusri Mohamad (YDP Yadim).

Ikuti laporan secara langsung wacana ini:

2.30PM: Wacana Siri ke-41 bermula.

3.00PM: Moderator: Menarik topik ini bila MCA ada pasukan syariah. Bunyi macam MCA nak buat RUU355. Banyak dibincangkan. Panas, bercampur antara realiti dan persepsi. Apa lagi dengan adanya menteri sendiri.

3.07PM: Takiyudin: Isu ini wujud ekoran Parlimen beri kebenaran MP Marang untuk bahaskan Akta 355 Mei lalu, di Dewan Rakyat. Saya kira sebagai ahli politik tiada yang pelik mengenai Akta 355, seperti satu usul meminda akta ini, kerana ia diberi kebenaran.

Tujuannya pindaan ini adalah hanya mempertingkatkan taraf kehakiman mahkamah syariah di Malaysia.

3.15PM: Moderator: Terimas Kasih Datuk Takiyuddin. Seterusnya kita ke panelis kedua, Datuk Seri Jamil beri mukadimah.

3.16PM: Jamil: Dari sudut persepsi, orang akan lihat pindaan Akta RUU, sebenarnya bukan RUU yang baru tapi akta yang dah wujud sejak 1965.

Kedua, ini soal pindaan akta. 1965 diperkenalkan Akta355 ini, hukuman kesalahan maksimum RM1 ribu denda atau 6 bulan penjara. Selepas 19 tahun, ‎dilihat perlu ada anjakan denda. 1984 dibuat pindaan uniknya pindaan ini mudah, tenang. YB Tan Seng Giaw pun ada.

Persepsi itu mungkin diolah seakan-akan kita nak ambil hak orang lain, keluar dari mahkamah syariah. Dikaitkan pula dengan hudud. Ini bukan soal hudud.‎ Rompak, rogol itu melibatkan mahkamah sivil. Bukan mahkamah syariah, perlu dibetulkan.

3.24PM: Seng Giaw: Soal hari ini bukan soal RUU sahaja.Kita mesti pandang ke seluruh negara tentang apakah perasaan masyarakat bukan Islam ke atas RUU ini. Sebelum kita bahas tentang RUU, ia sudah pun tersebar luas di seluruh negara menerusi media sosial.

3.29PM: Ping Sieu: Apakah usul persendirian ini agenda tersirat atau adakah ia satu agenda hudud Pas?

Pendirian MCA mengenai Akta 355 ini jelas kami tidak bersetuju dan sedih sebab ia dibuat tanpa pengetahuan parti. Persepsinya adalah tujuan pindaan ini adalah untuk laksana hudud.  Bukan saja persepsi tapi secara realitinya, ini membimbangkan kita.

3.40PM: Moderator: Kita dah dengar semua panel beri perspektif. Ada menyentuh emosi. Soalan pada YB Takiyudin tentang agenda hudud, kaitan Enakmen Jenayah 93.

3.41PM: Takiyudin: Saya hargai pandangan YB Kepong dan YB Gan dalam isu ini. Kebimbangan orang bukan Islam terhadap Akta ini ialah kebimbangan terhadap Pas yang laksana.

Adakah ini pintu belakang hudud? Saya beri pencerahan, dalam respons mereka sebut bukan Rang Undang355 mereka sebut Rang Hudud, sepatutnya tidak begitu.

Hudud tidak boleh dibawa ke Parlimen sebab itu perlu dijelaskan. Pindaan Akta 355 1984 seramai 12 MP Islam yang bahasakan pada tahun tersebut.

Tetapi kenapa cadangan pinda Akta 355 belum sempat Marang, MP Seputeh, Bandar Kuching bangun untuk persoalkan. Semua MP akan dibenarkan bahas Oktober ini, jadi terlalu awal buat persepsi. Akta ini tiada kaitan dengan enakmen hudud di Terenganu dan Kelantan.

3.48PM: Moderator: Kepada Datuk menteri, kita lihat masih ada kebimbangan dari bukan Islam, isu ini tidak setenang tahun 1984. Jadi macam mana nak tangani isu ini?

3.48PM: Jamil: Adakah ini usaha pintu belakang hudud? Jawapannya tidak. Ini pintu 355 yang dibawa ikut pintu depan. Tiada agenda tersembunyi. Hudud itu orang nampak potong tangan, ‎rejam. itu persepsi. Tunggu bentang dulu. Kalau dah disokong baru jadi RUU.

Bayangkan, bawa lari anak orang tapi kena denda RM1k‎ saja. Bayangkan mak ayah besarkan anak dia tapi denda hanya RM1k. Mendera isteri pun denda RM1k. Sebab itu denda itu perlu ditingkatkan. Tak ada pintu belakang untuk martabatkan mahkamah syariah.

3.58PM: Seng Giaw: Negara ini negara majmuk. Apa yang menjejaskan kita semua. Ini memang persepsi yang mesti diubah kerana kita berada dalam satu negara.

Sekarang pengaruh media sosial begitu kuat. Daesh gunakan media sosial untuk pengaruh orang muda. Mungkin mereka akan guna hudud, sebagainya.

Saya percaya ramai orang Islam tidak begitu faham pindaan ini. Kita mesti berhati-hati, berwaspada dengan media sosial.

4.00PM: Moderator: Soalan untuk Gan. MCA sudah lama jd rakan BN. Selama ni dah banyak inisiatif, polisi agama Islam oleh kerajaan. Kenapa kali ini baru bantah?

4.03 PM: Ping Sieu: Setakat ini, masalah mahkamah sivil, mahkamah syariah tak pernah habis. Walaupun kabinet buat keputusan tapi sampai sekang tak selesai.

Perjuangan Pas adalah laksana hudud tapi berbeza dengan Ummo yang mahu bela nasib Melayu, bangsa lain. Kita bimbang Ummo terperangkap dgn Pas.

Ada tokoh politik yang memperalatkan agama dengan kata orang Islam tak boleh  bantah dan kena sokong pindaan ini tapi isi kandungannya pun tak jelas.

4.10PM: Sesi soalan dari hadiri di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf.

Soalan 1: Kenapa YB Takiyudin, baru sekarang Pas nak kemukakan pindaan RUU ini selepas 50 tahun berlalu?

Soalan 2: Kepada Datuk Seri Jamil, kenapa kerajaan baru kali ni benarkan RUU  dibentangkan?

4.26PM: Jamil: Ini bukan soal siapa dulu siapa kemudian. Kena faham enam sebatan ini sebatan syariah. Yg tak boleh mencederakan.‎ Saya nak tunjuk contoh.

Katakanlah YB Tan, MCA nanti angkat tangan setuju, sebenarnya pindaan ini, kalau dah lulus di Parlimen, negeri tak boleh laksana. Perlu digazet dulu, baru laksana.

Saya tegaskan, pindaan ini hanya tingkatkan kuasa. Seperti pindaan 32 tahun lalu. ‎Lama sudah berlalu, maka kita perlu buat pindaan lagi.

Soalan 3: Datuk Takiyudin saya ingin tanya tentang 3 akta, Sebenarnya ini bukan pintu depan pintu belakang tapi ia akan tetap masuk.

4.30PM: Takiyudin: Kena ingat kalau kita tidak ikut undang-undang Islam, macam mana kita sebagai orang Islam.

Soalan 4: Tidakkan MCA sudah terperangkap dgn permainan DAP?

4.48PM: Jamil: Rumusan - Maqasid ni selalu sebut. Maksud syariah itu diturunkan utk jaga lima perkara jaga akidah, keturunan‎, akal, kedaulatan, jaga harta. Saya setuju sangat dgn rakan2 di pusingan akhir. Nampak mereka dah faham 355 ini hanya utk Islam.

4.51PM: Takiyudin: Rumusan - Ia bukan RUU Hudud, ia akta pindaan 355. Segala prosiding di Parlimen adalah ikut perlembagaan.

4.53PM: Moderator: Rumusan - Pemimpin berikan pandangan berasas fakta tak boleh diputar belit. Pemimpin lakukan peranan agar rakyat tak mudah tersasar.

Wacana telah tamat. Sekian terima kasih.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :