KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan undang-undang siber sedia ada perlu diperketatkan lagi bagi membendung masalah penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan imej negara.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim menjelaskan penggunaan media sosial secara bebas di kalangan rakyat menyebabkan berlakunya pelbagai fitnah dan tohmahan yang semakin berleluasa.

"Penguatkuasaan undang-undang yang tegas adalah kunci kepada penyelesaian masalah ini," kata beliau selepas ditemuramah dalam Ruang Bicara di Bernama TV semalam.

Beliau turut menyelar sikap segelintir pihak yang tidak bertanggunjawab dengan hanya tahu menabur pandangan tanpa mengetahui perkara yang sebenar melalui media sosial.

Katanya, bidang kuasa undang-undang siber sekarang perlu ditambah kerana undang-undang yang ada sekarang lebih kepada penguatkuasaan media cetak.

"Masalahnya sekarang hakim kita sendiri kurang faham mengenai hal-hal dunia siber, apa itu kemusnahan sekuriti atau dalam dunia maya," katanya.

Katanya, rakyat sekarang telah mula menggunakan media sosial untuk membuat pelbagai spekulasi dan pendapat terutamanya mengenai tragedi pesawat MAS MH370 dan mengambil kesempatan untuk menjadikannya sebagai isu politik.

Rais bagaimanapun memuji tindakan negara yang bersifat matang dalam menerima pelbagai kritikan daripada pihak luar.

"Tidak semua media asing memberikan liputan yang baik, malah ada juga yang menyatakan pandangan sinis terhadap negara, tapi Malaysia mampu menangani masalah tersebut," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BAGAN DATUK - Satu undang baharu atau pindaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi mengawal penglibatan orang tengah yang menaikkan harga barang di pasaran sehingga membebankan rakyat akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.
  • KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 yang bertujuan meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau (Akta 164) tidak merampas hak bidang kuasa mahkamah syariah terhadap mereka yang memeluk Islam atau mualaf.
  • SEREMBAN - "Pengajian dunia Melayu hendaklah diperhebat demi kesinambungan tamadun warisan bangsa itu sendiri," kata Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim.
  • SHAH ALAM - Pengambilalihan aset secara sivil atau pelucutan hak sivil dikecam begitu hebat di Amerika Syarikat (AS) selain dilihat sebagai undang-undang yang zalim.
  • KUALA LUMPUR - Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan supaya sukatan pelajaran budi atau bimbingan budaya diwajibkan di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.