SHAH ALAM - Pelajar sekolah tidak lagi memakai kasut sekolah berwarna putih mulai tahun depan, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.

Perkara itu disuarakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam program Bicara Minda, Malaysia Baharu & Pendidikan Negara anjuran Sinar Harian di sini, hari ini.

Maszlee berkata, peraturan baharu itu dibuat selepas mendengar keluhan dan harapan ibu bapa.

"Ini harapan daripada ibu bapa terutama ibu...bapa tak kisah sangat.

"Bermula tahun depan, kita akan pakai kasut hitam di sekolah," katanya.