CYBERJAYA - Pas mahu meneliti terlebih dahulu draf cadangan BN yang akan membentangkan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) pada sidang Parlimen kali ini.

Presidennya, Datuk Seri Hadi Abdul Awang berkata, penelitian itu perlu bagi memastikan ia selari dengan matlamat Pas dalam perjuangkan RUU355.

"Kita tidak anggap ia sebagai satu yang muktamad kerana kita belum melihat drafnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan beri jaminan akan bentang RUU355 kali ini]

"Kita tidak tahu kalau ia sama atau tidak seperti apa yang kita mahukan," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Profesional Malaysia, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengesahkan BN akan membentangkan RUU355 pada sidang Parlimen kali ini.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk menterjemahkan hasrat berkenaan tanpa menggugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini.

Sementara itu, Abdul Hadi turut menekankan pentingnya pendekatan kerjasama yang baik dalam memperjuangkan RUU355.

"Kita tidak mahu bertindih atau berlawan dalam soal ini tapi kita mahu kerjasama yang baik dalam perkara kepentingan orang Islam yang tidak menjejaskan orang bukan Islam," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :