SHAH ALAM - Soalan mengenai sejarah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah bersengketa ketika dahulu mencetuskan suasana yang agak panas dalam Program Nothing To Hide 2.0 hari ini.

Soalan peserta yang mahukan jawapan Mahathir berhubung dakwaan Anwar seorang peliwat 'adakah benar atau hanya satu konspirasi politik' telah mewujudkan suasana panas sehingga mencetuskan pekikan suara daripada para audiens yang lain.

"Saya nak Tun Dr Mahathir jawab dalam program ini berhubung dakwaan ini, sesuai dalam program ini iaitu 'Nothing To Hide'," ujar peserta berkenaan.

Menjawab kepada soalan itu, Mahathir dengan selamba berkata isu itu tidak berbangkit kerana Anwar sendiri tidak lagi bercakap berhubung dakwaan itu.

"Saya jumpa Anwar dia tak pernah soal perkara itu.

"Saya jumpa dia sejam, Anwar tidak pernah minta saya mohon maaf," katanya.

Dalam pada itu katanya, tumpuan Pakatan Harapan sekarang adalah untuk  menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perkara lama tidak perlu diungkit lagi," katanya.

Program Nothing To Hide 2.0 yang sepatutnya mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nothing To Hide 2.0: Tun M sendirian di atas pentas]

Bagaimanapun, program tersebut bertukar kecoh apabila berlaku adegan membaling kerusi dan suar ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adegan baling kerusi, suar cemar Nothing To Hide 2.0]

Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan kepada Mahathir mengenai tragedi memali yang berlaku ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri itu.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih terhadap penjualan 49.9 peratus ekuiti Proton Holdings Bhd kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.