KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tetap mahu mengadakan muzakarah dengan Umno meskipun tidak mendapat persetujuan ahli jawatankuasa tertinggi parti termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan itu penting  bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju.

“Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pasar Kota Jembal di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Hadi yang kelmarin mengumumkan bahawa tidak akan ada muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Universiti Teknologi Mara Uitm menandatangani memorandum perjanjian antarabangsa Moa bersama tiga universiti Asean termasuk Indonesia, Filipina dan Thailand dalam usaha memajukan bidang pendidikan sains sosial dan sains teknologi di sini hari ini.
  • KOTA BHARU - Fobia dan malu kepada doktor antara faktor yang dikenalpasti menyebabkan wanita di negeri ini menanggung derita menghidap kanser rahim (serviks) di awal usia 30-an.
  • KOTA BHARU - Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi’ anjuran Pakatan Harapan (Pakatan) di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya, biarpun bagus dari sudut demokrasi, tetapi tidak datangkan banyak impak kepada politik Malaysia.
  • KOTA BHARU - Landskap Malaysia bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan bagi melindungi tanah tinggi Lojing di Gua Musang daripada terus diancam hakisan akibat pembukaan tanah untuk pertanian dan pembalakan yang tidak terkawal.
  • KOTA BHARU - Satu task force perlu ditubuhkan untuk bertanggungjawab mengenal pasti perancangan dan strategi bagi menentukan perubahan yang perlu dilaksanakan dalam pelbagai aspek merangkumi pendidikan, penyelidikan dan tadbir urus.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.