KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui membiayai beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 dari Kelantan, yang berakhir dengan keganasan kelmarin.

Menurutnya, sumbangan tersebut bukan diambil dari  wang parti, sebaliknya  kepunyaannya sendiri setelah melihat kesungguhan individu terbabit mahu menyertai demonstrasi itu.

“Untuk ke Kuala Lumpur memerlukan kos yang besar, saya mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai pelbagai keperluan, itu hak saya,  bukan wang parti,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan peserta Bersih dari Kelantan yang menjelaskan kehadiran mereka di perhimpunan semalam dibiayai parti, meliputi kos pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Fadzli Mohd Hassan tidak menolak kemungkinan terdapat peserta yang hadir dibiayai oleh pihak-pihak tertentu, namun bukan atas kapasiti parti.

“Kita tidak ada duit untuk biayai peserta yang begitu ramai, kebiasaannya orang Pas ini mengeluarkan duit sendiri, namun jika ada tajaan, mungkin itu bersifat peribadi,” katanya.

Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya tidak pernah membincangkan soal kewangan untuk  peserta Bersih, namun mengakui mengeluarkan belanja untuk ceramah yang dihadiri Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, tiga hari lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta masyarakat supaya tidak menularkan video tidak bermanfaat termasuk perilaku sesetengah lelaki berlagak seperti wanita.
  • KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan bersedia untuk bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan dalam usaha membanteras rasuah di kalangan pihak berkenaan.
  • KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji kakitangan awam dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya awal tahun ini.
  • KOTA BHARU - Satu kesan abadi rentetan tragedi kebakaran sebuah maahad tahfiz di Kuala Lumpur, berlandaskan kempen MyFamily #QuranHour, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) memperluaskan usaha memartabatkan institusi kekeluargaan dengan menganjurkan program RICH (Rahsia Insan Cemerlang Hidup).
  • KOTA BHARU - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)