PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan sesi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd telah selesai.

Najib yang masuk hari kedua hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira tujuh jam memberi keterangan kepada pasukan petugas siasatan SRC.

“Saya telah memberi keterangan pada hari kedua kepada SPRM, bermula bermula dari jam 10 pagi sampai 4.45 petang.

“Masa untuk solat Zohor, saya berehat kira-kira 40 minit dan saya telah menjawab semua soalan, dengan sebaiknya dan SPRM juga telah melakukan kerja-kerja dengan profesional serta baik.

"Dan mereka kata sesi memberi keterangan sudah pun selesai, jadi itu sahajalah,” ujar Najib kepada media sebelum beredar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib senyum, tiba sambung keterangan kepada SPRM]

Najib hadir memberi keterangan lanjutan mengenai soal siasat berkenaan isu SRC International Sdn Bhd yang telah dijalankan pada tahun 2015.

Selepas seharian di soal siasat Najib kelihatan letih namun masih mampu tersenyum.