Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

Menurutnya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," katanya dalam sidang media, semalam.

Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika PR mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau menegaskan, pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mahu terus kekal sebagai pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

"Ini harapan mereka, itu sebab mereka masuk pilihan raya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda tidak akan kata pihak yang lain akan membuat negara bankrap," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengingatkan warga kementerian itu dan penjawat awam amnya, agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan Malaysia negara bankrap yang disebarkan menerusi media sosial.
  • PUTRAJAYA - Mulai 11 Mei orang ramai boleh membuat carian tentang status bankrap mana-mana individu di telefon pintar melalui aplikasi MyDI yang dilancarkan hari ini.
  • “Kedudukan ekonomi negara kita meningkat setiap tahun, jadi bagaimana boleh bankrap?"
  • SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang sebelum ini menyatakan bahawa beliau meletak jawatan selepas dituduh cuba menyingkirkan perdana menteri.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan bahawa Malaysia akan bangkrap, dan menjelaskan ia hanya salah faham dan salah persepsi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.