GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa supaya Pokemon Go diharamkan segera.

Menurutnya, jabatan mufti telah mengikuti pandangan pro dan kontra diberikan oleh pelbagai pihak tertentu mengenai permainan digital tersebut.

"Maka kita dapati aspek negatifnya lebih banyak berbanding aspek positifnya.

"Justeru kita berharap Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan perlu membuat keputusan mengharamkan permainan berkenaan dengan kadar segera," katanya kepada Sinar Harian.

Pokemon Go merupakan satu permainan gajet yang menjadi viral kerana tampil dengan ciri gabungan alam fantasi dan sistem navigasi GPS.

[ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 18 tahun mangsa pertama Pokemon Go?]

Ia membolehkan pemain memburu haiwan digital menerusi teknologi ini yang mengesan lokasi dan waktu pemain.

Aplikasi menggunakan GPS itu dikatakan menyeronokkan dengan cabaran mengumpul koleksi haiwan Pokemon seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.

Dalam bahasa yang mudah, ia membolehkan pengguna mengesan Pokemon di sekeliling mereka menggunakan telefon ketika bermain supaya pengguna boleh berlari dan menangkapnya.

Wan Salim berkata, beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengharamkan permainan itu iaitu seperti sadda azzara'i, dar'ul mafasid, maslahah 'ammah dan sebagainya.

Menurutnya, ia bagi menyekat pintu-pintu kerosakan di samping memelihara kesejahteraan awam.

"Walaupun pada dasarnya sesuatu perkara itu dihukum harus sehingga terdapat nas Al-Quran atau Sunnah yang menyatakan sebaliknya.

 

UNTUK LAPORAN LANJUT, DAPATKAN AKHBAR SINAR HARIAN ESOK!!!

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HULU TERENGGANU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai mematuhi dan merujuk garis panduan yang telah dikeluarkan berhubung permainan Pokemon Go.
  • BATU GAJAH - Permainan Pokemon Go dilarang khususnya di kawasan sensitif terutama yang mempunyai aset-aset pertahanan negara.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan memberi amaran kepada pemandu pengangkutan awam supaya tidak bermain Pokemon Go ketika memandu kerana jika berlaku kemalangan maut akibat kecuaian, lesen atau permit mereka boleh digantung.
  • ROMBIN - Mereka yang terganggu dan mempunyai masalah berkaitan permainan Pokemon Go boleh mengemukakan aduan secara terus kepada syarikat yang membangunkan aplikasi itu, Niantic Inc di Amerika Syarikat.
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan garis panduan keselamatan umum kepada orang ramai berkaitan permainan Pokemon Go yang semakin menjadi kegilaan pada masa kini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.