Auta

Tersebar di media sosial iklan yang memaparkan mengenai pemasangan sebuah produk yang dikatakan mampu menjimatkan bil elektrik sehingga 35 peratus. Iklan tersebut turut memaparkan logo Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan agensi dibawahnya, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) serta beberapa logo lain.

Fakta

Mosti dalam satu kenyataan semalam memaklumkan iklan yang diviralkan di media sosial itu sebagai palsu.

Dalam kenyataan itu, Mosti dan Sirim turut menafikan memberi sokongan terhadap iklan itu dan orang ramai yang  mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat Mosti di talian 03-88858831/05-55446770 atau emel ukk.mosti@1govuc.gov.my.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.