KUALA LUMPUR - Mara sememangnya membantu pelajar-pelajar miskin luar bandar dan bandar yang mengikuti pengajian di pelbagai peringkat dalam negara khususnya di Institusi Pendidikan Mara (IPMA).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob berkata setakat ini, seramai 200,000 pelajar berada di dalam sistem pendidikan Mara samaada di GiatMara, Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)  dan Kolej Profesional Mara.

“Pinjaman yang diberikan adalah berdasarkan kepada Socio Economic Status (SES) pelajar tersebut manakala bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) lain yang sedang dan telah mendapat kemudahan penajaan pula, ia akan diteruskan hingga tamat pengajian.

“Bagi pelajar IPMA yang masih belum menerima kemudahan pinjaman Mara kini sedang dalam tindakan dan akan diselesaikan pada masa terdekat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penajaan pinjaman IPMA serta kenaikan yuran asrama di kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Sementara itu, beliau juga menegaskan bahawa kadar yuran asrama di kampus-kampus UniKL dikekalkan kepada amaun RM120 sebulan.

“Mara komited dan kekal menaja pendidikan bumiputera terutama kepada mereka yang memerlukan di samping turut menyediakan kemudahan pembelajaran terbaik dan kondusif di Ipma,” katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Awang Adek Hussin berazam memacu organisasi penting kaum Bumiputera itu ke satu tahap global yang lebih tinggi dengan imej baharu, telus, cekap serta berintegriti.
  • SHAH ALAM - Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Mara bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang tamat kontrak pada 11 Ogos lalu.
  • KOTA BHARU - BN Kelantan menyambut baik dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Sri Ismail Sabri di atas pelantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baru.
  • PASIR PUTEH - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyerahkan senarai nama pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.
  • SHAH ALAM - Tan Sri Annuar Musa menjelaskan keputusan tidak sambung kontrak sebagai Pengerusi Mara dibuat atas dasar prinsip.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.