KOLEJ Canselor dan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan satu program motivasi kecemerlangan melibatkan seramai 160 orang pelajar SMK Seri Serdang.

Menurut Pengetua Kolej Canselor, Dr Paiman Bawon, pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi membantu membina minda dan keyakinan diri di kalangan supaya untuk menjana pemikiran kreatif mereka.

“Program ini diharap membantu meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah tersebut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pengisian program ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar-pelajar ini menangani tekanan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Salah seorang peserta tingkatan lima yang mengikuti program ini, Muhammmad Haikal Fitri Hasmizar mengatakan program ini amat menyeronokkan serta meningkatkan motivasi diri untuk hadapi peperiksaan.

“Program ini dapat tingkatkan motivasi saya untuk berikan komitmen sepenuhnya dan melakukan pecutan yang terakhir sebelum peperiksaan berlangsung.

“Aktiviti yang dijalankan berbentuk ‘hands on’ ini amat menyeronokkan dan sedikit sebanyak membuka mata saya serta meredakan sedikit tekanan yang saya alami di saat peperiksaan semakin hampir,” katanya.