TANJUNG MALIM - Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjung Malim Sdn Bhd memberi tempoh seminggu kepada Kumpulan DRB-HICOM untuk menunaikan tiga tuntutan kesatuan itu.

Presidennya, Zainudin Dollah berkata, tiga tuntutan tersebut berkait pelaksanaan secara adil gaji minimum, mengekalkan faedah sedia ada dan memperkukuh amalan perundingan eksklusif dengan kesatuan.

"Sekiranya tidak ada apa-apa keputusan positif diambil dalam masa seminggu maka satu tindakan perusahaan akan dilakukan sebagaimana dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman di Jalan Utama ke Kilang Proton di sini hari ini.

Kira-kira 800 ahli kesatuan itu berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan dibawa.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - “Gaji boleh diberikan secara mingguan tetapi perlu adanya peningkatan gaji,” kata Penganalisis Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari.
  • KUALA LUMPUR - Purata gaji di Malaysia dijangka meningkat kepada 3.2 peratus pada 2018 dan mengatasi pertumbuhan 1.3 peratus pada 2017, kata firma perunding pengurusan global, Korn Ferry Hay Group (Korn Ferry).
  • TAWAU - Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di negeri ini tetapi teraniaya termasuk tidak dibayar gaji perlu melaporkan segera kepada Pejabat Konsulat Republik Indonesia (KRI) yang berhampiran, kata Konsul KRI di Tawau Krishna Djelani.
  • KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) diminta untuk mendedahkan jumlah yang diterima hasil daripada penjualan 49.9 peratus sahamnya kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding) dari China.
  • KUALA LUMPUR - Penyusunan semula Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) akan menyaksikan pemulihan semula projek Kereta Asean, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.