SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendapat kecaman hebat daripada netizen berikutan daripada penganjuran program Junior Cycling Malaysia yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) pada 9 April lalu.

Program yang diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru mendapat kritikan daripada netizen berikutan hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang dilihat seolah-olah seperti tidak berbaloi.

Menerusi foto yang viral di laman sosial, Khairy dilihat sedang menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Difahamkan, menerusi replika cek yang disampaikan tersebut, pemenang tempat pertama bagi kategori 15 tahun menerima medal serta hadiah wang tunai bernilai RM50, manakala tempat kedua mendapat wang medal dan wang tunai bernilai RM40 dan tempat ketiga mendapat medal beserta wang tunai RM30.

Program berkenaan menampilkan empat kategori iaitu lelaki bawah 15 tahun, 13 tahun, 11 tahun dan 9 tahun.

Penyebaran gambar tersebut sekali gus menimbulkan kecaman hebat daripada netizen yang rata-ratanya menganggap nilai hadiah berkenaan amat rendah.

Seorang pengguna Facebook, Kamal Husain berkata, “Berkayuh tengah panas. El Nino, katanya semua acara lasak luar dibatalkan..paling sadis hadiahnya cuma banyak tu..harap budak ni tak sakit strok haba,” tulisnya.

Selain itu, Maghfirah Rifaad pula berkata, “Sikitnya hadiah tu... Ingat senang ke budak2 sekarang nak aktif bersukan?? Budak-budak sekarang semua lepak kat rumah main game, main ipad je.. Bagi la insentif banyak sikit, hargai budak-budak aktif ni,” tulisnya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUBANG - Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menanam persepsi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama lima tahun sebagai tahanan politik terus mendapat kecaman daripada Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.