SHAH ALAM - Pemuda Amanah hari ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) mengarahkan majikan sektor awam dan swasta memotong gaji peminjam PTPTN bagi bayaran balik ansuran pinjaman.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak munasabah, Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan berkata,langkah itu akan menambahkan lagi beban kepada peminjam PTPTN.

“Tindakan ini telah pun dikecam warga netizen. Kami berpandangan bahawa potongan gaji yang dipotong itu tidak masuk akal.

“Bagaimana mungkin mereka yang dipotong sebahagian besar gajinya itu boleh bertahan dengan gaji yang hanya tinggal beberapa ratus ringgit untuk tempoh sebulan ke depan?” dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini heboh di laman sosial apabila pihak PTPTN didakwa telah melakukan pemotongan gaji untuk melunaskan bayaran pinjaman pelajaran secara berlebihan, sehinggakan akaun bank seorang pekerja kerajaan cuma tinggal baki sifar selepas potongan dibuat.

Menerusi sebuah gambar yang kini tersebar, ramai terkejut besar melihat jumlah yang besar iaitu RM3,511 direkodkan telah dipotong daripada gaji pekerja terbabit.

Akibatnya gaji bersih RM3,500 yang sepatutnya diterima habis untuk pembayaran PTPTN.

Dalam pada itu, Sinar Online sedang berusaha mendapatkan respons PTPTN untuk menjawab isu ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Dijanjikan peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah, itu antara modus operandi sebuah kolej swasta di utara semenanjung bagi menarik lebih ramai melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu.
  • KUALA LUMPUR - Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat kepada RM3.4 bilion setakat Oktober lepas berbanding RM1.5 bilion bagi tempoh sama pada 2015.
  • GELANG PATAH - Cadangan agar pembiayaan pendidikan di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperluaskan kepada pelajar Malaysia di luar negara perlu dibentangkan ke Parlimen untuk pindaan.
  • KUALA LUMPUR - "Hanya dua peminjam daripada 2.8 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diisytiharkan muflis oleh institusi itu sejak penubuhannya pada 1997," kata Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
  • LENGGONG - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meminta peminjam yang disenarai hitam supaya berunding dengan pihaknya selewat-lewatnya tujuh hari bagi mengelak masalah berlaku sebelum berlepas ke luar negara.