KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh dilantik sebagai ketua setiausaha baru kementerian itu berkuat kuasa Rabu ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata dengan kelebihan yang ada pada Jamil, beliau percaya Jamil mampu melaksanakan tangunggjawab yang diberikan itu dengan penuh integriti dan profesional.
 
"Saya percaya pengetahuan, pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki oleh Datuk Jamil akan membolehkan beliau menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan profesional dalam usaha memenuhi aspirasi kerajaan ke arah mewujudkan golongan belia yang patriotik, bersatu padu, berdisiplin dan berbudaya sukan demi perpaduan dan pembangunan negara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jamil, 54, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Malaya dan menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Belia dan Sukan pada 22 Jun 1983 sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 13 Jan 1986.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau berpengalaman dalam bidang perancangan, pengurusan dan pentadbiran kewangan, sumber manusia dan perolehan.

Jamil juga adalah Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Datuk Seri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
  • SHAH ALAM - Kecekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah perlu diimbangi dengan keadilan dalam tindakan tanpa mengira siapa pesalahnya.
  • PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan pelantikan Dr Rose Lena Lazemi sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang baharu menggantikan Datuk Sabariah Hassan.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha (KSU) di enam kementerian akan dipanggil untuk menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira- Kira Negara (PAC) berhubung isu dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan hari ini.
  • PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha yang baharu bagi kementerian itu berkuat kuasa Isnin ini, menggantikan Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.