KUALA LUMPUR -  DAP hari ini menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengerusinya Karpal Singh berkata, kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut membidas Harun yang berkata Pas telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat.

"Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan bahawa beliau menyatakan pembatalan pesta arak “Better Beer Festival 2017” di ibu negara bulan depan, adalah disebabkan faktor politik dan agama.
  • KUALA LUMPUR - Kelab Generasi Ilmu 1Malaysia membidas sikap DAP yang hanya mementingkan agenda politik dan sanggup menyelewengkan fakta demi kepentingan diri dalam isu Pusat Permata Negara (Permata).
  • KUALA LUMPUR - Masyarakat perlu melihat Program Permata Negara (Permata) dari aspek pembangunan pendidikan kanak-kanak Malaysia secara menyeluruh yang menjadi penekanan inisiatif itu, berbanding soal di mana ia diletakkan dari segi pelaksanaan.
  • KUALA LUMPUR - Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin hari ini memenuhi undangan pembantu isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor, untuk melawat salah sebuah tadika kelolaan Pusat Anak Permata Negara (Permata) naungan Datin Seri Rosmah Mansor.
  • KUALA LUMPUR - DAP mencadangkan kerajaan mengenakan kadar minimum untuk pembayaran semula Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) berdasarkan aras gaji graduan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.