SHAH ALAM - "Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian," demikian respons Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof selepas berakhirnya pertemuannya dengan Usahawan Kosmetik Nur Sajat sekitar tiga petang tadi.

Menurut Izwan yang merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim, berkata pertemuan mereka berlangsung harmonis.

"Insya-ALLAH semoga semuanya berjalan lancar dalam masa terdekat," kongsinya menerusi Facebook miliknya.

Sebelum ini Jakim, menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat.

[ARTIKEL BERAITAN:  Jakim berhajat jumpa Nur Sajat]

Membalas pelawaan itu kemudiannya, menyatakan kesedian untuk bertemu dengan Jakim.

Bagaimanapun, Sajat menjelaskan, beliau hanya bersetuju mengadakan pertemuan itu sekiranya ia dilakukan secara berhemah demi kebaikan bersama.

[ARTIKEL BERKAITAN: "Saya sedia jumpa Jakim..." - Sajat ]

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa seluruh masyarakat agar tidak terpengaruh dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba untuk mempertikaikan peranan dan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
  • KUALA LUMPUR - Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) menggesa supaya Kementerian Pelancongan dan Kubudayaan serta Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) mengambil tindakan tegas terhadap Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berikutan daripada isu tudung yang dibangkitkan sebelum ini.
  • KUALA TERENGGANU - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan pasukan khas untuk menjawab isu berkaitan halal yang tular di media sosial dalam tempoh hanya empat jam selepas tersebar.
  • SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mohon perkenan untuk mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung isu Pegawai Kader Jakim, Dr Zamihan Mat Zin.