SHAH ALAM - Malaysia kini berada dalam landasan betul untuk melaksanakan perundangan Islam, namun negara masih lagi kekurangan prasarana untuk membolehkan ia menjadi realiti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, secara peribadi beliau menyokong cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

“Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

“Jika usaha ini dapat dilaksanakan, Barisan Nasional (BN) akan menjadi pihak pertama melaksanakan hukum itu berbanding dengan Kelantan yang hanya bercakap kosong,” katanya.

Mashitah berkata, sekiranya Kerajaan Johor ingin laksana hudud, Perlembagaan Persekutuan tidak perlu digubal kerana undang-undang syariah bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Pelaksanaan perlu dirancang teliti agar semua faham erti sebenar hukum hudud,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pertikaian pihak-pihak tertentu terhadap pengamalan, ajaran dan nilai Islam di negara ini menuntut titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan Majlis Raja-raja Melayu untuk menghormatinya.
  • SHAH ALAM - Pelaksanaan pendidikan percuma di semua peringkat yang sering diutarakan oleh Pakatan Harapan sepatutnya boleh berlaku di negara ini, selaras dengan nikmat pembangunan dikecapi.
  • SHAH ALAM - Wira Perkasa Malaysia menyuarakan bantahan terhadap tindakan pemilik hotel yang melarang pekerja hotel di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk) untuk bertudung.
  • SHAH ALAM - Perkembangan teknologi dan kecanggihan sistem komunikasi serta maklumat memberi ruang cukup besar kepada penciptaan dan kemunculan dadah psikoaktif baru dalam pasaran.
  • SHAH ALAM - Polisi syarikat yang melarang pekerja wanita bertudung bertugas di bahagian perkhidmatan pelanggan perlu segera ditangani dan dihentikan serta merta.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.