KEPALA BATAS - Wanita Umno Bahagian Kepala Batas akan membawa usul menyokong pelaksanaan hukum hudud di negara ini ke dalam persidangan perwakilan Umno bahagian itu tidak lama lagi.

Ketuanya, Zabariah Wahab berkata, keputusan itu dibuat kerana usul yang dibawanya sendiri dalam persidangan perwakilan Wanita Umno Kepala Batas Sabtu lalu diluluskan sebulat suara oleh 343 perwakilan yang hadir.

Beliau berharap usul yang dibawa dalam persidangan perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas akan mendapat sokongan sebulat suara agar cadangan itu dapat dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan parti sebelum diketengahkan kepada kerajaan.

“Usul ini juga akan dipanjangkan kepada kepimpinan Wanita Umno Malaysia dan negeri untuk rujukan dan tindakan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, Wanita Umno Bahagian Kepala Batas adalah bahagian pertama dari Pulau Pinang yang meluluskan usul agar hukum hudud dilaksanakan di negara ini.

“Saya sendiri bawa usul ini kerana memikirkan kepentingan dan kebaikannya kepada umat Islam di negara ini. Kita kena patuh sebab ini adalah hukum ALLAH,” katanya.

Zabariah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam, berkata, Wanita Umno Kepala Batas menyanjung tinggi usaha melaksanakan hudud di negara ini namun, ia memerlukan perbincangan dan penelitian pihak yang arif berkaitan agama terlebih dahulu.

“Tidak timbul hudud Pas atau hudud Umno. Hukum ALLAH hanya satu dan semua orang perlu patuh, bagaimanapun, nampaknya sekarang ini ia cuba diputar belit dan dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk dijadikan modal politik,"katanya

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEPALA BATAS - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kesiapsiagaan 100 peratus untuk proses pemindahan mangsa banjir lebih awal bagi menghadapi gelombang kedua dan ketiga perubahan cuaca yang dijangka berlarutan sehingga Februari depan.
  • KEPALA BATAS - Kementerian Pendidikan memandang serius mengenai masalah buli namun pada masa sama, tindakan buang sekolah terhadap pesalah buli bukan bermakna seseorang pesalah buli itu terus dibuang daripada sistem pendidikan.
  • KEPALA BATAS - Usaha memerangi penindasan terhadap masyarakat minoriti Islam Rohingya di Rakhine, Myanmar perlu dilakukan dengan cara yang betul dan membawa penyelesaian yang lebih tuntas.
  • KEPALA BATAS - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bersetuju dengan pelantikan sebuah badan bebas oleh DAP bagi mengendalikan proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.
  • KEPALA BATAS - Kementerian Pendidikan akan mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk menangani masalah di setiap sekolah 'hotspot' yang telah dikenal pasti di seluruh negara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.