• Datuk Seri Dr Rais Yatim Datuk Seri Dr Rais Yatim
1 /

SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di lokasi bersejarah Stadium Merdeka semalam akan "melarutkan kuasa" kolektif Melayu, kaum terbesar negara ini.

"Semua yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di Stadium Merdeka tadi (petang semalam) akan melarutkan kuasa kuasa kolektif Melayu," kata beliau dalam mesej Twitter yang ditulis kira-kira 3 jam selepas berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR).

PR menggunakan platform itu menaikkan 'mood' menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

PRU13 perlu diadakan menjelang akhir April ini.

Malah dalam mesej terdahulu, Rais mempersoalkan rancangan penganjur yang mahu menghimpunkan sejuta orang.

"Mananya yang satu juta nak himpun di stadium tu? 50,000 pun tak smpai," katanya lagi.

Kedua-dua mesej itu menerima kritikan daripada penyokong dan pengikut PR.

Menjawab kritikan itu, pagi ini Rais berkata, "Gunalah medium Twitter ini dengan berhemah. Berhujah secara profesional bukan guna emosi dan pak turut."