KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) walaupun selepas PRU14.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata, kadar itu akan kekal enam peratus.

Menurutnya, terdapat pihak tertentu mencadangkan supaya kerajaan mengkaji kadar sedia ada dan menaikkan cukai pengguna itu, namun kerajaan tidak berhasrat berbuat demikian.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan lagi kadar GST daripada enam peratus, walaupun selepas PRU14.

“Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan) ada sebab tertentu. Tetapi buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji, mahupun menaikkannya di masa depan,” katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Wong Chen (DAP-Kelana Jaya) bertanya sama ada terdapat cadangan kepada kerajaan Malaysia daripada Bank Dunia yang mencadangkan supaya menaikkan kadar GST kepada tujuh peratus.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan mekanisme Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia bersifat progresif dengan mereka yang berpendapatan rendah menerima lebih banyak faedah bantuan kerajaan daripada hasil GST berbanding kelompok berpendapatan tinggi.
  • KOTA KINABALU - Sebanyak 2,935 penyata GST-03 masih belum diserahkan pihak berdaftar dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Sabah, setakat Oktober​lalu.
  • SHAH ALAM - Cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan lagi isu buat rakyat pada masa kini.
  • KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yakin program Assisted Compliance Assurance Programme (ASAP) yang bakal diperkenalkan tahun depan, dapat melatih firma-firma yang boleh membantu dari segi pematuhan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).