SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memilih N Gopal Krishnam sebagai setiausaha agungnya yang baru bagi menggantikan Abdul Halim Mansor yang digugurkan awal bulan ini.

Dalam pemilihan hari ini, Gopal menerima 46 undi berbanding Halim, yang dicalonkan semula memperoleh 29 undi.

Majlis am MTUC dalam mesyuaratnya pada 3 Mac lalu memutuskan untuk menggugurkan Halim sebagai setiausaha agung badan induk kesatuan sekerja itu berkuat kuasa tarikh tersebut.

Keputusan itu diambil selaras dengan peruntukan Seksyen 10.5 Perlembagaan MTUC di mana setiausaha agung boleh ditamatkan perkhidmatan meskipun dipilih pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali atas alasan gagal menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan memuaskan.

Ini kali pertama seorang setiausaha agung ditamatkan tempoh perkhidmatan di bawah peruntukan tersebut.

Halim dipilih sebagai setiausaha agung buat penggal pertama akhir 2010.

Sinar Harian Online difahamkan majlis am yang bermesyuarat lebih lima jam hari ini membincangkan sama ada keputusan 3 Mac sah atau sebaliknya.

Keputusan itu diterima sebagai sah dengan 45 undi menyokong dan 31 menolak.

Selepas pengesahan itu, pemilihan diadakan untuk menentukan setiausaha agung yang baru.

"Dua orang dicalonkan untuk bertanding iaitu Gopal dan Halim. Gopal mengatasi Halim dengan memperoleh 46 undi," kata seorang pegawi kanan kepada Sinar Harian Online.

Presiden MTUC, Khalid Atan dan Halim dihubungi untuk mendapatkan reaksi tetapi gagal.

Gopal mengesahkan beliau telah dipilih bagi menggantikan Halim.

"Ya, saya dipilih. Saya akan keluarkan kenyataan kemudian, sebab saya akan terima jawatan itu secara rasmi esok," kata beliau yang juga Pengerusi MTUC Selangor dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan membatalkan keputusan membenarkan sektor pembuatan menggunakan 100 peratus pekerja asing.
  • SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu gaji minimum yang diperkenalkan pada tahun 2012 dinaikkan kepada RM1,800 dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat.
  • SHAH ALAM - Kadar caruman pihak majikan dan pekerja kepada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang menjadi satu isu dijangka akan dikurangkan hampir separuh susulan perbincangan yang diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, semalam.
  • SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menghargai langkah Kementerian Kewangan (MoF) memanggil pihak-pihak berkepentingan termasuk badan induk kesatuan sekerja itu untuk membincangkan kandungan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
  • SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang menegaskan budaya membuli tidak wajar dihalalkan dalam apa jua bentuk termasuk di tempat kerja, mahu kerajaan menubuhkan Majlis Anti Membuli Nasional bagi menangani masalah sosial itu secara holistik.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.