KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
 
Ali dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Abdul Gani akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Okt 2015.
 
"Tan Sri Abdul Gani Patail telah banyak berjasa kepada negara selama beliau  memegang jawatan sebagai Peguam Negara. Saya bagi pihak Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas khidmat bakti beliau dan berharap beliau sentiasa beroleh kesihatan yang memuaskan," katanya.
 
Sementara itu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa semalam (27 Julai 2015).
 
Perlantikan Mohamed Apandi dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan dan telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.  
 
Mohamed Apandi berkelulusan LLB(Hons) Universiti of London dan Bar-At-Law, Inner Temple London serta telah mengikuti pengajian di Institute of Advanced Legal Studies, London.
 
Antara jawatan yang pernah dipegang beliau adalah sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Timbalan Pendakwa Raya bagi Kelantan dan Terengganu, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. - Bernama
 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Peguam Negara tidak membuat keputusannya sendiri sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau tidak terhadap seseorang individu, kata Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ni.
  • JERLUN - Peguam Negara yang sepatutnya mewakili rakyat Malaysia memfailkan saman di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di New York, bukan diwakili pihak ketiga untuk meminta aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikembalikan kepada negara.
  • SHAH ALAM - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berharap cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia rasmi negara dan wartawan yang melaporkannya, tidak benar.
  • SHAH ALAM - Keputusan ‘membebaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada skandal dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd menimbulkan banyak pertanyaan dan lebih kepada situasi pelik, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.