PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa syor agar kerajaan menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua menandakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah gagal dalam mengawal kos sara hidup rakyat.

"Jika kali kedua BR1M ini diberikan, ia membayangkan kegagalan Perdana Menteri mengawal sara hidup rakyat.

"Pemberian BR1M kali pertama nyata tidak membantu kurangkan beban sara hidup rakyat seperti mana Najib uar-uarkan untuk meringankan beban sara hidup rakyat," kata beliau pada sidang media hari ini.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.

Malah BR1M, yang diperkenalkan menerusi Bajet 2012, perlu dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain.

Rafizi juga mendakwa BR1M yang diberikan oleh kerajaan pada awal tahun ini adalah satu proses untuk meraih undi daripada rakyat.

"Pemberian BR1M kali kedua berlaku kerana jangkaan tarikh pilihan raya pada awal tahun ini meleset dan ini adalah strategi Umno-BN untuk pancing undi.

"Saya juga tak fikir BR1M kali kedua ini mudah dilaksanakan kerana mereka telah berhutang dan perlu pergi ke Parlimen untuk peroleh bajet untuk tujuan tersebut," tambah Rafizi.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa beliau meluat dengan sikap majoriti pemimpin kerajaan, sehingga mendorongnya menyertai parti Bersatu.
  • PETALING JAYA - Kehadiran rakyat Malaysia ke Himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi memberi petanda positif kepada negara secara amnya.
  • PETALING JAYA - Sebanyak RM4,524 hasil kutipan daripada jemaah Masjid Al-Muhahideen, Damansara Utama berjaya dikumpulkan untuk tabung #SINAR4ROHINGYA.
  • PETALING JAYA - Logo 'Transformasi Produk' yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merupakan penarafan terhadap produk hasil usahawan tempatan yang melepasi proses saringan dan dijamin kualitinya.
  • PETALING JAYA - Malaysia, Indonesia dan Filipina hari ini melancarkan operasi pemantauan udara menerusi inisiatif Trilateral Air Patrol (TAP) di Laut Sulu bagi menangani isu jenayah rentas sempadan termasuk ancaman pengganas dan penculikan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.